Separuh Akhir Kedua Pahang-JDT Terpaksa Ditunda Ke Hari Lain

Diterbitkan: Rabu, 29 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur akhirnya terpaksa ditangguhkan ekoran kehadiran penyokong yang terlalu ramai hingga melimpah masuk ke dalam kawasan perlawanan.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam tertangguh lebih sejam apabila penyokong menceroboh masuk ke kawasan perlawanan yang terletak beberapa meter daripada padang, sekaligus menimbulkan kebimbangan pihak penganjur terhadap tahap keselamatan.

Selepas perlawanan yang tertangguh hampir dua jam akhirnya pihak FAM terpaksa menunda perlawanan tersebut kepada hari lain.

Pada perlawanan separuh akhir peratama, JDT menang dengan jaringan 1-0 di Stadium Larkin.

Tags / Kata Kunci: Piala FA , Stadium Darul Makmur

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan