Stoke City Tamatkan Kontrak Tony Pulis Kini Cari Penganti Baru

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tony Pulis. Foto AP
Tony Pulis. Foto AP

STOKE CITY kini sedang mencari pengurus baru selepas mereka mengambil keputusan untuk memecat Tony Pulis lewat petang Selasa.

Pulis telah dipanggil menghadiri mesyuarat tergempar dengan pemilik kelab, Peter Coates di pejabatnya dan terus diberitahu yang mereka mahu menentukan halatuju baru untuk kelab tersebut.

Sejurus selepas pertemuan itu, Stoke mengeluarkan satu kenyataan ringkas memaklumkan yang mereka telah bersetuju untuk berpisah dengan Pulis atas pilihan bersama.

Pulis masih mempunyai baki kontrak bersama Stoke selama 12 bulan lagi.

Hubungan Pulis dengan pengurusan tertinggi kelab menjadi rengang apabila Coates membuat keputusan untuk melantik Mark Cartwright selaku pengarah teknikal yang baru - sekaligus mengambil alih peranan dan tanggungjawab mengenalpasti dan membeli pemain baru dari tangan Pulis.

Sebaik sahaja pengesahan mengenai penamatan kontrak Pulis diumumkan, Rafael Benítez yang baru sahaja menjuarai Piala Liga Europa bersama Chelsea terus menjadi calon popular untuk mengantikan Pulis.

Seorang lagi calon yang turut menjadi sebutan para analisis ialah Roberto Di Matteo.

Di Matteo masih belum menandatangani sebarang kontrak baru dengan mana-mana kelab sejak dipecat oleh Chelsea Januari lalu.

Selain itu, bekas kapten Everton, Phil Neville turut disebut-sebut sebagai calon pilihan.

Kedudukan Pulis mula dipersoalkan apabila perlawanan liga memasuki babak kedua Januari lalu yang menyaksikan Stoke City hanya mampu memenangi satu daripada 14 perlawanan liga sahaja.

Bagaimanapun mereka berjaya mempertahankan kedudukan di tangga pertengahan liga dan akhirnya berjaya menamatkan musim ini di tangga ke-13.

Pulis menyertai Stoke pada tahun 2006.

Mereka berjaya menduduki tangga kedua Liga Kejuaraan pada tahun 2008 dan dinaikkan ke Liga Perdana.

Sepanjang lima musim mereka berjaya mengekalkan kedudukan di Liga Perdana Inggeris dan menamatkan setiap musim tanpa berada lebih rendah dari tangga ke-14.

Pada tahun 2011, mereka berjaya ke final Piala FA tetapi tewas 0-1 di tangan Manchester City.

Sepanjang tempoh tersebut Pulis disokong oleh perbelanjaan yang besar - membeli pemain-pemain baru sehingga hampir £80 juta.

Antara pembelian utama yang dibuat oleh kelab itu ialah apabila mereka membayar £10 juta kepada Tottenham Hotspur pada 2011 untuk mendapatkan khidmat penyerang England, Peter Crouch dan Wilson Palacios pada harga £6 juta.

Coates tidak begitu bersetuju dengan pembelian Crouch, yang ketika itu sudah pun berusia 30 tahun kerana faktor umur menjadikan pemain itu tidak memiliki nilai jualan semula.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan