West Ham Setuju Beli Andy Carroll Dari Liverpool Pada Harga £16 Juta - Bola Sepak | mStar

West Ham Setuju Beli Andy Carroll Dari Liverpool Pada Harga £16 Juta

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Andy Caroll. Foto AP
Andy Caroll. Foto AP

WEST HAM telah bersetuju untuk membeli Andy Carroll pada harga £16 juta daripada Liverpool.

Carroll telah menyertai West Ham Januari lalu secara pinjaman apabila pengurus baru Liverpool Brendon Rogers tidak dapat menyesuaikan gaya permainan penyerang England itu dengan corak tektikal yang ingin diterapkannya.

Semalam Carroll, 24, telah menarik diri daripada skuad kebangsaan England untuk perlawanan persahabatan menentang Republic of Ireland dan Brazil kerana kecederaan tumit.

Carroll sendiri mahukan kedudukannya diselesaikan secepat mungkin bagi memastikan masa depannya bersama skuad England tidak terjejas menjelang Piala Dunia nanti.

Pemain itu dibeli oleh Liverpool dari Newcastle pada harga £35 juta selepas mereka menjual Fernando Torres kepada Chelsea dengan nilai £50 juta.

Malangnya, Carroll tidak dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan Liverpool.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan