Sarawak Tempah Tiket Awal Ke Final Liga Perdana

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Perdana, Sarawak mengesahkan tiket awal ke perlawanan akhir dan seterusnya layak beraksi di Liga Super musim hadapan setelah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pos Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang petang Selasa.

Berbaki tiga perlawanan, pasukan yang terkenal dengan gelaran 'The Crocs' itu semakin selesa berada di tangga teratas Liga Perdana dengan mengumpul 49 mata dengan kelebihan empat mata dihadapan pencabar utama iaitu Sime Darby FC selepas mengharungi 19 perlawanan.

Corak permainan pada babak pertama agak seimbang apabila kedua-dua pasukan berusaha untuk mencari gol pembukaan namun kedua-dua pasukan gagal menjaringan sebarang gol.

Sarawak berjaya memecah kebuntuan pada babak kedua apabila Muamer Salibasic membuka jaringan pada minit ke-63 sebelum Bobby Gonzales menjaringkan dua gol The Crocs pada minit ke-88 dan pada masa tambahan (93').

Nasib berbeza menimpa pasukan Sime Darby FC apabila tewas 0-1 ke atas pendatang baharu Liga Perdana, S.P.A Putrajaya FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Perlis mencatat kemenangan besar setelah mengalahkan pasukan kelab dari Negeri Sembilan, Betaria FC 4-0 di Stadium Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Gol pasukan Singa Utara itu dijaringkan Dennis Agyare Antwi pada minit ke-36 dan 84', Mohd Badrul Hisani Abd Rahman (minit ke-42) dan Mohd Afiq Akmal Zunaidi (minit ke-47).

Sabah turut mengutip tiga mata penuh setelah mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Koh Traore menjadi wira pasukan Sabah Hawks apabila melakukan hatrik menerusi tiga jaringan pada minit ke-22, 89' dan 90', sementara gol saguhati Kuala Lumpur disumbangkan Khairul Anuar Shafie pada minit ke-29.

Johor pula mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang menerusi jaring Juan Muriel Orlando pada minit ke-54.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula berkongsi satu mata bersama UiTM FC selepas seri tanpa jaringan di Stadium Hang Jebat, Melaka. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan