Ferguson Dinamakan Pengurus Terbaik Musim 2012/13

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ferguson dipilih sebagai pengurus terbaik musim 2012/13.
Ferguson dipilih sebagai pengurus terbaik musim 2012/13.

PENGURUS MANCHESTER UNITED, Sir Alex Ferguson telah dinamakan sebagai pengurus terbaik oleh Persatuan Pengurus-Pengurus Liga Inggeris (LMA) selepas beliau mengemudi kelab itu untuk merangkul kejuaraan liga yang ke-20 musim ini.

Pada masa yang sama, Pengurus Cardiff City, Malky Mackay turut dinamakan sebagai pengurus terbaik Liga Kejuaraan (Divisyen Satu) manakala Pengurus Yeovil Town, Gary Johnson pula sebagai pengurus terbaik Divisyen Dua.

Ferguson telah pun mengumumkan persaraannya dan tempat beliau di United akan diambil alih oleh Pengurus Everton, David Moyes.

Ahad lalu, Ferguson turun ke padang selaku pengurus buat kali terakhir ketika Manchester United menentang West Bromwich Albion yang juga merupakan perlawanan ke-1,500 yang diurus olehnya.

Perlawanan tersebut berakhir dengan seri 5-5.

Sepanjang tempoh kariernya sepanjang 26 tahun bersama United, Ferguson, 71, telah memenangi 38 trofi - satu pencapaian yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pengurus dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Anugerah Pengurus Tahunan ini dibuat oleh ahli-ahli LMA yang terdiri daripada pengurus-pengurus kelab yang tersenarai dalam liga Inggeris.

David Moyes pernah memenangi anugerah ini sebanyak tiga kali selaku pengurus Everton.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan