Atletico Madrid Sedia Jual Falcao

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Falcao dijangka akan berpindah ke kelab baru musim depan.
Falcao dijangka akan berpindah ke kelab baru musim depan.

KELAB Atletico Madrid mengesahkan pemain bintangnya, Radamel Falcao akan dijual musim panas ini.

Penyerang berusia 27 tahun ini dikaitkan dengan sebuah kelab Eropah terkenal selpas mempamerkan aksi cemerlang dengan mencatat 70 jaringan dalam 90 perlawanan sepanjang dua musim bersama kelab ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Miguel Angel Gil Marin berkata, Falcao boleh memilih untuk pergi ke mana-mana kelab berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.

"Sebelum musim bermula, kami telah berbincang dengan Falcao dan berjanji jika dia terus konsisten dengan kelab ini dan membantu untuk mara ke Liga Juara-Juara, kami akan tolong dia.

"Apa sahaja keputusan yang diambil, kami akan bersamanya. Kami tahu apa yang terbaik untuknya. Sebelum ini kami telah menjual Fernando Torres, Diego Forlan dan Sergio Aguero.

"Dan sekarang tiba masa untuk Falcao. Saya belum pasti siapa akan berada di sini musim depan, tetapi apa yang pasti Atletico akan lebih menjadi pasukan yang kuat," jelasnya.

Penjaring terbanyak La Liga dari Colombia ini dikaitkan dengan pasukan Chelsea, Manchester City dan Manchester United tetapi lebih digemburkan bakal menyertai salah sebuah kelab terkaya, Paris St Germain dan Monaco.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan