PBSNT Anjur Liga Darul Iman 2013 Kali Ketiga - Bola Sepak | mStar

PBSNT Anjur Liga Darul Iman 2013 Kali Ketiga

Diterbitkan: Ahad, 19 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dalam usaha mencungkil pemain bakat baharu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengadakan saingan Liga Darul Iman 2013 dengan setiap pasukan mewakili daerah masing-masing bermula 31 Mei dan dijangka tamat akhir Ogos.

Pegawai media PBSNT Haslan Hashim berkata pertandingan yang masuk musim ketiga itu akan disertai daerah Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

"Pertandingan itu telah dimulakan sejak tahun 2010 untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat-bakat baharu yang ada di daerah-daerah sebelum pemain berpotensi ini diserapkan dalam pasukan negeri," katanya.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 untuk johan, naib johan RM3,000 dan masing-masing RM1,000 untuk tempat ketiga dan keempat.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan