Pahang Optimis Dapat Memperbaiki Kedudukan Tangga Kelima

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Walaupun dianggap peluang untuk mengisi tangga teratas Liga Super sudah tertutup namun Pahang tetap optimis dapat memperbaiki kedudukan yang lebih baik berbanding di tangga kelima sekarang.

Ketua Jurulatih skuad Tok Gajah Dollah Salleh berkata, beliau akur dengan keputusan itu dan menganggap peluang sudah tertutup bagi melakar kejayaan di tempat teratas liga.

"Namun saya tetap bangga dengan persembahan pemain saya, apa yang dapat dilihat hari ini (malam tadi) corak permainan terutama peningkatan dapat dilihat pada bahagian serangan yang boleh pergi lebih jauh khususnya untuk saingan Piala FA. "Saya juga gembira dengan corak permainan Matias Ruben Conti yang memberangsangkan dengan menunjukkan permulaan yang baik untuknya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Lions XII di sini, malam Jumaat.

Beliau yakin dengan kehadiran pemain import baru Matias Ruben Conti dari Argentina dan Damion Delano dari Jamaica itu akan dapat memberi impak kepada pasukan untuk mencipta sesuatu pencapaian yang lebih baik. Namun dalam perlawanan malam tadi, Dollah agak kecewa dengan persembahan pengaja gol Rosfaizul yang dilihat kurang menyerlah dengan membuat banyak kesalahan.

Katanya, sepatutnya penjaga gol Khairul Azhan yang diletakkan dalam kesebelasan utama tetapi kecederaan yang dialaminya menyebabkan Rosfaizul yang dipanggil bermain.

"Oleh kerana saya lihat Rosfaizul banyak membuat kesilapan yang turut dilihat gugup dalam perlawanan saya mengambil keputusan untuk menukarkannya dengan Khairul Azhan," katanya.

Dollah berkata, gol penyamaan malam tadi juga merupakan satu keajaiban buat pasukan selepas memperolehnya pada saat-saat terakhir perlawanan.

Walaupun Pahang hanya mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Lions XII di Stadium Darul Makmur malam tadi kejayaan itu merupakan satu sumbangan besar bagi pasukan Tok Gajah untuk menyekat trofi elit dibawa ke seberang tambak.

Dengan tekanan tersebut Pahang membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merapatkan jurang dengan perbezaan dua mata di belakang pendahulu liga iaitu Lions XII yang kini mengumpul 35 mata selepas 17 perlawanan.

Lions XII bermula garang apabila kapten pasukannya, Shahril Ishak membuka jaringan seawal minit ke-10, namun usaha pasukan dari Singapura itu untuk pulang dengan mata penuh digagalkan menerusi gol penyamaan jaringan Azammuddin Akil pada minit ke-90. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan