Alberts Kesal Sikap Pemain NS Betaria FC

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts kesal dengan perbuatan pemain NS Betaria FC mengeluarkan kata-kata kesat dan bersikap kasar terhadap pemain Sarawak pada perlawanan bola sepak di Stadium Negeri Sarawak di sini malam Jumaat.

Bagaimanapun, jurulatih dari Belanda ini bangga kerana kejadian itu tidak menjejaskan tumpuan pemainnya hingga membolehkan mereka membelasah pasukan dari Negeri Sembilan itu 7-0.

Alberts berkata tingkah laku tidak wajar yang dipamerkan pemain NS Betaria FC serta kata-kata kesat yang mereka lemparkan terhadap pemain Sarawak "membawa aib kepada bola sepak Malaysia".

"Bagi saya, perkataan yang mereka ucapkan kepada pemain kami ketika di padang memang tidak sopan dan memalukan. Ketika perlawanan berlangsung, pemain kami memebritahu saya tentang kata-kata kesat yang dilemparkan kepada mereka.

"Saya nasihati mereka supaya memberi fokus terhadap permainan dan cuba menjaringkan gol sebanyak mungkin," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang kata-kata kesat yang diucapkan kepada pemain Sarawak, Alberts berkata beliau akan menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk memfailkan aduan mengenainya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Mengulas tentang perlawanan Sarawak dengan Pos Malaysia Selasa ini, beliau berkata perlawanan itu penting kerana ia akan menentukan sama ada Sarawak layak bermain dalam Liga Super pada musim depan.

"Kami perlu kekalkan momentum sedia ada kerana jika kami dapat tiga mata, kami layak dinaikkan taraf untuk bermain dalam Liga Super," katanya.

Alberts juga mengesahkan pemain pasukan itu Junior Eldstal akan menjalani latihan dengan Skuad Harimau Muda di Slovakia Julai ini. "Dalam perbincangan dengan Ong Kim Swee (jurultih), saya beri pendapat tentang Junior dan beliau (Ong) bercadang memanggil pemain ini untuk menjalani latihan di Slovakia bagi membolehkannya membuat penilaian. Bagi saya, Junior bermain dengan baik," katanya.

Junior, yang ibunya berasal dari Sabah dan bapanya dari Sweden, adalah pemegang pasport Malaysia. Sebelum ini, Junior atau nama Malaysianya Putera Nadher Amarhan, bermain dalam Liga Bola Sepak Vauxhall di England. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan