Trofi Ini Layak Untuk Chelsea - Ivanovic

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Torres (kiri) dan Ivanovic bergambar bersama trofi Liga Europa selepas menang pada aksi akhir, awal pagi Khamis.
Torres (kiri) dan Ivanovic bergambar bersama trofi Liga Europa selepas menang pada aksi akhir, awal pagi Khamis.

BRANISLAV Ivanovic berkata, Chelsea sememangnya layak menjuarai trofi Liga Europa dengan kemenangan 2-1 ke atas Benfica selepas mengharungi waktu berliku musim ini.

Pemain antarabangsa Serbia itu menjadi perhatian utama selepas berjaya meletakkan Chelsea di depan pada minit-minit terakhir permainan.

Kemenangan ini sekaligus menjadikan Chelsea pasukan pertama menjuarai trofi Eropah dua kali berturut-turut selepas musim lalu menjuarai Liga Juara-Juara.

"Pasukan ini memang layak menang kerana kami berdepan dengan musim sukar dan banyak perlawanan.

"Namun perlawanan bertemu Benfica bukan mudah kerana mereka bermain dengan baik. Tetapi kami berjaya menjaringkan gol hasil daripada kerja keras pasukan.

"Ia satu perasaan yang menakjubkan apabila beraksi di pentas final, selepas tahun lalu dan ia kemenangan yang bermakna. Kini masa untuk kami meraikannya," jelas pemain pertahanan ini.

Sementara itu, penyerang The Blues, Fernando Torres teruja dengan kejayaan selepas turut menyumbang gol pertama perlawanan pada minit ke-59.

"Saya sangat gembira. Ia merupakan perlawanan yang sengit dan Benfica bermain lebih baik pada separuh masa kedua.

"Permainan babak pertama tidak cukup bagus. Kami terlalu inginkan kemenangan ini kerana mungkin ini sahaja peluang kami dapat," jelasnya pemain Sepanyol itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan