Chelsea Juara Liga Europa

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMSTERDAM: Chelsea menjuarai Liga Europa selepas tandukan Branislav Ivanovic pada masa kecederaan membawa kepada kemenangan 2-1 ke atas Benfica pada perlawanan akhir di Amsterdam Arena, awal pagi Khamis.

Pemain pertahanan Serbia itu yang berada jauh dari gawang gol mudah menewaskan penjaga gol Benfica, Arthur selepas menyambut hantaran sepakan sudut Juan Mata pada minit ke-93.

Bekas penyerang Liverpool, Fernando Torres meletakkan Chelsea di depan seawal minit ke-59.

Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila Oscar Cardozo menjaringkan gol penyamaan lapan minit kemudian.

Blues beraksi tanpa pemain tengah dari Belgium, Eden Hazard dan kapten pasukan, John Terry yang masih dibelenggu kecederaan.

Kejayaan Chelsea terus menambah kemarau kejuaraan buat Benfica yang tidak pernah memenangi kejuaraan Eropah itu sejak 1962.

Chelsea menjadi kelab pertama menjuarai dua kejohanan utama di Eropah iaitu selepas memenangi saingan Liga Juara-Juara tahun lalu.

Senarai pemain:

Chelsea: Cech; Azpilicueta, Ivanovic, Cahill, Cole; Lampard, Luiz; Ramires, Mata, Oscar; Torres. (Pemain gantian: Turnbull, Ferreira, Aké, Mikel, Marin, Benayoun, Moses)

Benfica: Artur; Almeida, Luisao, Garay, Melgarejo; Salvio, Perez, Matic, Gaitan; Rodrigo, Cardozo. (Pemain gantian: Paulo Lopes, Jardel, Aimar, Urreta, André Gomes, Lima, John)

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan