City Tumpas, Wigan Juara Piala FA

Diterbitkan: Ahad, 12 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Berlaku kejutan pada babak Piala FA apabila Wigan Athletic mampu mengalahkan Manchester City dengan jaringan tipis 1-0.

Jaringan tunggal dilakukan oleh Ben Watson pada minit ke-90 melalui tendangan sudut Wigan yang ditanduk Watson menembusi gawang Hart.

"Luar biasa. Para pemain pasukan tampil dengan aksi menakjubkan dan kami mampu menjadi juara. Bermain dan boleh menjaringkan gol kemenangan di final FA Cup adalah sebuah mimpi," kata Watson, yang dipetik dari Sky Sports.

Kemenangan Wigan ini memusnahkan mimpi pasukan bimbingan Roberto Mancini untuk menjuarai trofi Piala FA buat kali kedua dalam aksi final ketiga mereka.

Bagi Wigan, ini adalah trofi Piala FA pertama sejak tertubuhnya kelab ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan