Moyes Pengganti Ferguson Di Old Trafford?

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Moyes
David Moyes

MANCHESTER United dijangka akan mengumumkan David Moyes sebagai pengurus baru pasukan itu selepas Sir Alex Ferguson membuat keputusan untuk bersara pada penghujung musim ini.

Walaupun tiada sebarang pengumuman dibuat oleh kelab berhubung perkara itu, Moyes difahamkan antara yang teratas dalam senarai calon untuk menggantikan Ferguson.

Moyes berkemungkinan besar tidak akan menolak tawaran tersebut memandangkan kontraknya bersama Everton akan tamat pada musim panas akan datang.

Difahamkan pelantikan itu tidak akan ditangguhkan kerana proses untuk memuktamadkannya akan dilakukan pada Khamis.

Jika pelantikan itu direalisasikan, Moyes akan menjadi pengurus United yang ke-20 dan warga Scotland yang ketujuh memimpin kelab tersebut selepas Sir Matt Busby, Tommy Docherty dan Ferguson.

Sejak persaraan Ferguson tersebar, tiga calon yang dilihat berpotensi untuk menggantikan tempat pengurus terkenal itu ialah Moyes, Jose Mourinho dan pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp.

Memandangkan United kesuntukan masa untuk mencari pengganti Ferguson, mustahil bagi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu untuk mendapatkan khidmat Klop sebelum pertemuan Dortmund bertemu Bayern Munich pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah.

Sementara itu, Sir Bobby Charlton yang mempunyai pengaruh kuat di Old Trafford tidak yakin Mourinho mempunyai keupayaan untuk mengemudi kelab tersebut.

"Kualiti yang kita cari adalah seseorang yang telah sedia wujud dalam Manchester United selama bertahun-tahun," kata Ketua Eksekutifnya, David Gill.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan