Harimau Malaya Naik Dua Anak Tangga Dalam Rangking Terbaru FIFA

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketiadaan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad bola sepak kebangsaan tidak menggugat kedudukannya dalam ranking bola sepak dunia.

Kedudukan skuad Harimau Malaya yang dikendalikan Datuk K. Rajagobal sebaliknya naik dua anak tangga kepada 161 bulan ini berbanding 163 bulan lepas, berdasarkan senarai ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.

Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 sebelum turun satu anak tangga sebulan kemudian dan merudum ke tangga 164 pada Mac.

Kedudukan terbaharu itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Aruba (152), Bangladesh (154), Lesotho (155) dan Nicaragua (157).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Vietnam (132), Thailand (142), Filipina (144) dan Myanmar (158).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,538 mata.

Jerman dan Argentina turut mempertahankan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,428 dan 1,296 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan