Ferguson Pergi Ronaldo Kembali Ke United

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Alex Ferugson
Alex Ferugson

SEBAIK sahaja seluruh dunia dikejutkan dengan pengumuman rasmi yang Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson akan bersara selepas perlawanan akhir United menentang WBA 18 Mei ini, para peminat sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi berita iaitu kepulangan pemain kesayangan mereka, Cristiano Ronaldo ke kelab itu semula musim depan.

Kini Ketua Pegawai Eksekutif United, David Gill sedang berunding dengan ejen Ronaldo, Jorge Mendes di Madrid.

Akhbar The Sun UK melaporkan, United sangat yakin yang mereka akan mendapatkan semula pemain yang mereka sendiri jual kepada Real Madrid pada tahun 2009 dengan harga rekod dunia £80 juta.

Berita mengenai kepulangan semula Ronaldo ke pangkuan United akan mendorong bakal pengurus baru David Moyes menyakinkan penyerang utama mereka Wayne Rooney agar terus kekal bersama kelab itu.

Rooney dilaporkan sedang dalam pemerhatian Bayern Munich dan juga beberapa kelab ternama lain termasuk Chelsea dan kelab Perancis, PSG.

Semalam sebaik sahaja mendapat berita mengenai keputusan Ferguson, 71, untuk bersara, Ronaldo terus menulis dalam laman tweetnya; ‘Terima kasih untuk segala-galanya, bos.'

Ronaldo melihat Ferguson sebagai seorang berperwatakan ayah dan Ferguson pula sentiasa melindungi Ronaldo sebagaikan seorang anak.

Ferguson pernah mengambil satu keputusan drastik dengan menjual penyerang sensasinya Ruud Van Nisteelroy kepada Real Madrid sebagai sahaja tidak tahan melihat pemain Belanda itu asyik membuli Ronaldo pada sesi latihan sehingga menyebabkan pemain Portugal itu menangis.

Ronaldo menjaringkan golnya yang ke-200 untuk Madrid ketika kelab itu menewaskan Malaga 6-2 pada Rabu.

Sementara itu Rooney pula dijangka akan membatalkan hasratnya untuk berpindah seandainya Moyes disahkan sebagai pengurus United yang baru.

Moyes adalah pengurus dan mentor Rooney yang pertama sebagai seorang pemain profesional pada usia 17 tahun sebelum menyertai United pada tahun 2004.

Moyes khabarnya adalah calon pilihan Ferguson untuk mengantikan tempatnya.

Tempoh masa 27 tahun Ferguson bersama United di atas padang akan berakhir dalam tempoh 10 hari lagi.

Bintang-bintang utama seperti Rooney dan Ryan Giggs sedang bersarapan pagi di pusat latihan kelab itu di Carrington apabila mereka dipanggil masuk ke dalam bilik persalinan untuk bertemu dengan Ferguson yang kemudiannya memberitahu kedua-dua pemain itu keputusannya untuk bersara adalah muktamad.

Pengurus itu kemudiannya terus mengadakan dua pertemuan lagi iaitu dengan para jurulatihnya dan juga kakitangan kelab untuk memaklumkan tentang persaraan beliau.

Beliau memberitahu yang perlawanan pada Ahad ini menentang Swansea adalah yang terakhir buatnya di Old Trafford.

Ferguson akan menjulang Piala Liga Perdana Inggeris yang ke-20 buat kelabnya dan yang ke-13 buat dirinya di hadapada lebih 78,000 penonton Ahad ini sebelum perlawanan menentang Swansea bermula.

Perlawanan terakhir di bawah pengendaliannya ialah menentang WBA pada 18 Mei depan.

Selepas ini Ferguson akan memainkan peranan di belakang tabir sebagai anggota lembaga pengarah United di samping tugas sebagai duta kelab.

Sebagai anggota lembaga, peranannya akan menjadi lebih terhad memandangkan lembaga hanya bersidang setiap dua bulan sekali.

Di samping Moyes, pengurus Real Madrid, Jose Mourinho juga turut disebut-sebut sebagai calon pilihan penganti Ferguson.

Tetapi pemilik United perlu memikirkan semasak-masaknya sebarang keputusan untuk mengambio Mourinho kerana pengurus itu sentiasa terjebak dalam kontroversi, tidak kekal lama dengan satu-satu kelab dan itu semua tidak selari dengan aspirasi United yang mementingkan kestabilan dan komitmen jangka panjang.

Dalam pada itu, kontrak Moyes bersama Everton akan tamat dalam tempoh enam minggu dari sekarang dan beliau bebas untuk memilih halatuju barunya selepas itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan