Chelsea, Spurs Sekadar Seri

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sigurdsson (dua kanan) menjaringkan gol kedua Spurs.
Sigurdsson (dua kanan) menjaringkan gol kedua Spurs.

LONDON: Jaringan penyamaan pemain gantian, Gylfi Sigurdsson ketika permainan berbaki 10 minit berjaya menyelamatkan Tottenham Hotspur daripada kecundang di tangan Chelsea di Stamford Bridge.

Kedua-dua pasukan terikat seri 2-2, awal pagi Khamis sekali gus memberi tekanan untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Chelsea membuka tirai jaringan di Stamford Bridge menerusi Oscar seawal minit ke-10.

Namun Spur bangkit menerusi gol penyamaan Emmanuel Adebayor pada minit ke-26.

Jaringan Adebayor seolah-olah menyuntik semangat pasukan pelawat untuk terus memberi saingan.

Ramires kembali meletakkan Chelsea di depan sebelum tamat separuh masa pertama.

Pasukan tuan rumah dilihat seakan-alan selesa untuk memperoleh tiga mata penuh untuk menduduki tempat keempat Liga Perdana Inggeris bagi melayakkan diri secara automatik ke pentas Eropah.

Bagaimanapun, gol Sigurdsson memusnahkan impian awal Chelsea menerusi jaringannya pada minit ke-80.

Dengan hanya dua lagi perlawanan berbaki musim ini, hanya empat pasukan teratas liga layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Chelsea kini di tempat ketiga mendahului dengan dua mata daripada Arsenal di tempat keempat manakala Spurs di tempat kelima dengan perbezaan satu mata saja.

Senarai Pemain:

Chelsea: Cech, Azpilicueta, Ivanovic, Cahill, Cole, Ramires, Luiz. Oscar, Mata, Hazard, Torres. (Pemain gantian: Turnbull, Terry, Lampard, Ake, Moses, Benayoun, Ba.)

Tottenham: Lloris, Walker, Dawson, Vertonghen, Assou-Ekotto, Lennon, Huddlestone, Parker, Holtby, Adebayor, Bale. (Pemain gantian: Friedel, Caulker, Naughton, Carroll, Dempsey, Sigurdsson, Defoe.)

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan