Hull City Iringi Cardiff Ke Aksi EPL - Bola Sepak | mStar

Hull City Iringi Cardiff Ke Aksi EPL

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain-pemain Hull City merai kejayaan mara ke aksi EPL musim depan selepas mengikat seri dengan Cardiff City, Sabtu.
Pemain-pemain Hull City merai kejayaan mara ke aksi EPL musim depan selepas mengikat seri dengan Cardiff City, Sabtu.

PASUKAN Hull City bakal mewarnai pasukan dalam Liga Perdana Ingegris (EPL) musim depan selepas meraih seri-2-2 dengan Cardiff City pada aksi Divisyen 1 lewat malam Sabtu.

Hull layak ke EPL musim depan sekaligus mengikuti jejak langkah Cardiff City yang mendahului kedudukan musim ini.

Sementara itu pasukan Watford, Brighton, Crytal Palace dan Leicester bakal bermain secara play off bagi merebut satu lagi tempat ke EPL.

Manakala turut menyaksikan Peterborough United dan Wolverhampton Wanderers tersingkir ke Liga 1.

Hull mengumpul 79 mata keseluruhan, menduduki tangga kedua di belakang Cardiff yang mengumpul 87 mata.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan