Chelsea Mara Ke Final Liga Europa

Diterbitkan: Jumaat, 3 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Torres meraikan gol penyamaan ketika menentang Basel di Stamford Bridge, London awal pagi Jumaat.
Torres meraikan gol penyamaan ketika menentang Basel di Stamford Bridge, London awal pagi Jumaat.

LONDON: Penyerang Chelsea, Fernando Torres menjaringkan satu gol dan membantu satu lagi jaringan bagi membawa kelab Inggeris itu ke final Liga Europa apabila membenam Basel 3-1 pada saingan separuh akhir kedua, awal pagi Jumaat.

Dengan keputusan itu Chelsea menang dengan agregat 5-2.

Basel sebelum ini tewas 2-1 di tempat sendiri pada saingan separuh akhir pertama.

Pada perlawanan awak pagi Jumaat, Basel bangkit dengan menjaringkan gol tungggal menerusi Mohamed Salah pada minit terakhir separuh masa pertama.

Bagaimanapun Torres melakukan gol penyamaan pada minit ke-50 dan membantu jaringan kedua oleh Victor Moses, dua minit kemudian.

Peman pertahanan Brazil, David Luiz melengkapkan gol ketiga Chelsea pada minit ke-59.

Chelsea melangkah ke final keduanya dalam tempoh dua tahun.

Pasukan kendalian pengurus Rafael Benitez itu akan bertemu Benfica di Amsterdam pada 15 Mei ini.

Pada perlawanan berasingan, Benfica menewaskan Fenerbahce 3-1 (agregat kemenangan 3-2) di Estádio da Luz.

Senarai Pemain:

Chelsea: Cech, Azpilicueta, Ivanovic, Cahill, Bertrand, Luiz, Lampard, Ramires, Hazard, Moses, Torres; (Pemain gantian: Turnbull, Ferreira, Terry, Ake, Oscar, Benayoun, Mata)

Basel: Sommer, Steinhoefer, Sauro, Schaer, Voser, Frei, Elneny, Serey Die, Stocker, Salah, Streller; (Pemain gantian: Vailati, Park, Ajeti, Degen, Diaz, Cabral, Zoua)

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan