Selangor Mara Ke Pusingan Kedua Piala AFC

Diterbitkan: Rabu, 1 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor mengesahkan slot ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas menundukkan wakil Singapura, Tampines Rovers, 3-2 pada perlawanan terakhir kumpulan H di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Selasa.

Kemenangan itu membolehkan mereka muncul naib juara kumpulan H dengan lapan mata, berkongsi mata dengan Sai Gon Xuan Thanh dari Vietnam, namun layak ke pusingan berikutnya berdasarkan perbezaan jumlah jaringan.

Terdahulu, kelab Vietnam itu dibelasah 1-4 oleh juara kumpulan H, Kingfisher East Bengal FC dari India di Stadium Salt Lake, Kolkata, India.

Pada perlawanan di Singapura, pasukan Gergasi Merah mendahului seawal minit ke-28 hasil kesilapan pemain pertahanan Tampines Rovers, Muhammad Jufri Taha yang tertampan bola ke dalam gol sendiri, sebelum Mohd Amri Yahyah menambah derita pasukan tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-45.

Kesilapan kapten pasukan Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar yang tertampan bola ke dalam gol sendiri pada minit ke-50 membolehkan pasukan tuan rumah mengurangkan defisit jaringan sebelum Aleksandar Duric menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-58 bagi mengikat kedudukan 2-2.

Mohd Amri muncul wira skuad Merah Kuning dengan gol kemenangan pada minit ke-76 bagi membolehkan mereka mengiringi Kingfisher East Bengal FC ke pusingan kedua.

Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Kelantan mempamer aksi mantap bagi menundukkan wakil Myanmar, Ayeyawady United 3-1 untuk menjuarai kumpulan G dengan mengumpul 13 mata, lebih satu mata daripada SHB Da Nang dari Vietnam, yang berada di tempat kedua.

Kelantan, yang sudah melayakkan diri ke pusingan kedua, membuka tirai jaringan menerusi penyerang import dari Australia, Dimitrios Petratos pada minit ke-42 sebelum pemain pertahanan, Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim menggandakan jaringan pada minit ke-70 menerusi sepakan voli yang cantik.

Pemain tengah Ayeyawady United, Nay Lin Tun mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-80 sebelum kapten pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Mohd Radzi mengesahkan tiga mata penuh milik Kelantan dengan gol ketiga pada minit ke-83.

Terdahulu, kelab Vietnam itu mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Maziya Sports & Recreation dari Maldives di laman sendiri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan