KAFA Beri Imbuhan RM350,000 Kepada Pemain - Annuar Musa

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi imbuhan keseluruhan sebanyak RM350,000 kepada semua pemain kerana memenangi beberapa perlawanan dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala AFC 2013 musim ini.

Dalam majlis penyerahan bonus kepada pemain di sini pada Isnin, Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata setiap pemain akan menerima bonus maksimum RM11,000.

Beliau juga berkata persatuan itu telah melantik sebuah firma perancang bandar dan wilayah bagi membangunkan kediaman pemain yang dijanjikan lot tanah dan rumah selepas merangkul gelaran treble pada saingan Liga Malaysia tahun lepas.

"Kita telah siapkan gambaran pelan terperinci yang membolehkan kita memulakan proses menamakan lot-lot itu untuk (diberi) siapa dan kita keluarkan surat tawaran secara rasmi kepada pemain.

"Setiap pemain bakal mendapat lot tanah seluas kira-kira 975.36 meter hingga 1,524 meter persegi," katanya.

Annuar berkata pemain juga diberi pilihan sama ada mahu mendapatkan rumah atau bayaran tunai tetapi tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu dipatuhi pemain untuk pemilikan tanah.

"Mereka diberi pilihan untuk ambil bayaran tunai atau teruskan dengan pemilikan tanah. Mereka tak boleh jual lot itu kepada orang ketiga dalam masa tiga tahun pemilikan dan hanya boleh jual kepada KAFA dalam masa tersebut," katanya.

Beliau berkata kawasan projek itu akan diumumkan, Khamis ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan