Jawatan Setiausaha Agung FAM Masih Jadi Tanda Tanya

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azzudddin Ahmad
Azzudddin Ahmad

PETALING JAYA: Teka-teki siapa yang bakal menggantikan jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kini dipegang Datuk Azzuddin Ahmad masih menjadi tanda tanya.

Azzuddin akan meninggalkan badan induk ini selepas menerima jawatan selaku Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berkuat kuasa Jun ini.

Namun sehingga ini masih belum diumumkan siapa yang bakal menduduki panas FAM ini walaupun khabar angin bertiup kencang bahawa nama Datuk Hamidin Mohd Amin menjadi pilihan.

Nama Hamidin dalam sukan bola sepak tanah air sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi, di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Selain memegang jawatan di peringkat negeri, beliau juga turut menjadi orang penting dalam FAM dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.

Pun begitu, Azzuddin berkata, sehingga ke hari ini, beliau sendiri belum dimaklumkan siapakah yang akan menggantinya.

"Perlantikan saya ke AFF adalah atas titah Tuanku Presiden, Sultan Ahmad Shah.

"Saya hanya mengikut perintah namun masih belum menerima surat lagi bila akan memulakan tugas baru itu.

"Dalam pada itu, saya juga belum dimaklumkan lagi siapakah calon itu, namun saya pasti Tuanku Presiden juga sedang memikirkan calon ini.

"Walaupun desas desus ada menyebut nama bagi menggantikan tempat ini, saya tidak pasti kerana pelbagai kejutan akan berlaku," katanya kepada media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Di Antara Astro Arena Dan Utusan Malaysia Sebagai Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2013 di Wisma FAM, Selasa.

Azzuddin mula mengambil alih tugas ini pada tahun 2007 selepas Datuk Seri Ibrahim Saad.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan