Gareth Bale Rangkul Dua Anugerah Serentak

Diterbitkan: Isnin, 29 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Gareth Bale
Gareth Bale

LONDON: Pemain sayap Tottenham Hotspurs, Gareth Bale diumumkan sebagai pemain terbaik England dan pemain muda terbaik England oleh pemain-pemain profesional negara itu pada Ahad.

Beliau menjadi pemain ketiga berjaya merangkul dua anugerah serentak dalam sejarah negara itu selain Andy Gray (Aston Villa) dan Cristiano Ronaldo (Man Utd).

Bale pernah memenangi anugerah yang sama pada tahun 2011 - menjadikannya sebagai pemain kelima pernah dipilih sebanyak dua kali selain Mark Hughes, Alan Shearer, Thierry Henry dan Ronaldo.

Pemain antarabangsa Wales itu telah memperlihatkan aksi luar biasa sepanjang musim ini dengan menjaringkan 19 gol dalam liga dan sejak tahun ini telah menjaringkan 14 gol dalam 17 perlawanan.

Bale, 23, mendedikasikan kejayaannya itu kepada pengurus Spurs, André Villas-Boas.

Kini beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dan PSG.

Selain Bale, turut disenarai pendekkan untuk anugerah berprestij itu ialah Robin van Persie, Luis Suárez, Eden Hazard, Juan Mata dan Michael Carrick. Suárez menduduki tempat kedua diikuti oleh Van Persie. Bale turut menumpaskan Hazard, Jack Wilshere, Danny Welbeck, Romelu Lukaku dan Christian Benteke untuk anugerah pemain muda terbaik tahunan.

Eric Harrison, bekas jurulatih Akademi Manchester United - orang yang bertanggungjawab mengenalpasti bakat-bakat muda seperti David Beckham, Ryan Giggs, Gary dan Phil Neville, Nicky Butt dan ramai lagi menerima anugerah merit Pemain-Pemain Profesional England.

Selain itu para pemain profesional turut memilih pemain-pemain terbaik pilihan mereka untuk semua posisi. Mereka ialah; David De Gea (Manchester United); Pablo Zabaleta (Manchester City), Jan Vertonghen (Tottenham), Rio Ferdinand (Manchester United), Leighton Baines (Everton); Michael Carrick (Manchester United), Juan Mata (Chelsea), Gareth Bale (Tottenham), Eden Hazard (Chelsea); Luis Suárez (Liverpool), Robin van Persie (Manchester United).

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan