Liga Super: Lions XII Kekal Pendahulu Liga

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan jemputan dari Singapura Lions XII FC mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super meskipun mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Selangor di Stadium Shah Alam malam pada Sabtu malam.

Satu mata yang dikutip anak didik V.Sundramoorthy itu membolehkan mereka kekal menerajui takhta Liga Super dengan 28 mata selepas 14 perlawanan.

Penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel pula muncul wira pasukan Perak selepas jaringan hatriknya memberi kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan berstatus bintang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut.

Jaringan pemain itu, masing-masing pada minit ke-12, 66 dan 87, bagaimanapun tidak mengubah kedudukan skuad Seladang yang masih menghuni kedudukan kelapan liga dengan 18 mata selepas 14 perlawanan. Sementara itu, Kelantan bangkit daripada kekalahan 1-2 kepada Selangor PKNS FC Jumaat lepas apabila menewaskan T-Team 3-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme membuka tirai jaringan untuk pasukan The Red Warriors menerusi sepakan penalti pada minit ke-32 sebelum Norfarhan Muhammad menambah derita pasukan pelawat dengan gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-60 perlawanan.

Damir Ibric Yuksel bagaimanapun mengurangkan defisit jaringan untuk pasukan pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-82 sebelum Indra Putra Mahayuddin memastikan tiga mata penuh milik pasukan The Red Warriors dengan jaringan kemenangan dalam masa tambahan separuh masa kedua.

Kemenangan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan pasukan bimbingan Bojan Hodak yang menduduki tangga kesembilan liga dengan kutipan 17 mata selepas 14 perlawananm-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan