Terengganu Hilang Khidmat Owona Pada Baki Saingan Liga Super

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu menerima tamparan hebat apabila pemain importnya Jean-Emmanuel Effa Owona terkeluar dari baki saingan Liga Super dan Piala FA ekoran kecederaan pergelangan tangan kanan.

Penyerang berbisa kelahiran Cameroon itu disahkan memerlukan rehat selama tiga bulan untuk pulih sepenuhnya dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedang mencari pengantinya.

Presden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh berkata pihaknya telah menghubungi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk merisik sama ada mereka boleh menggantikan Owona berikutan jendela pendaftaran pemain pertengahan musim berakhir pada Isnin..

"Saya memohon pihak FAM agar dapat mengkaji isu ini di bawah pendaftaran khas pemain import bagi membolehkan skuad Peteh mendaftar pemain lain," katanya selepas melawat Owona di Hospital Pakar Kuala Terengganu, Terengganu, di sini Isnin.

Menurutnya kehilangan khidmat Owona sedikit merencatkan percaturan yang telah dilakukan oleh skuad bagi meneruskan cabaran dalam Liga Super dan separuh akhir Piala FA.

Katanya Terengganu menyandarkan harapan yang tinggi kepada pemain itu kerana beliau telah beraksi dengan cemerlang dan konsisten sepanjang musim ini, lebih-lebih lagi apabila pasukan itu semakin memperbaiki kedudukan liga dan layak ke separuh akhir Piala FA.

Owona mengalami patah pergelangan tangan kanan apabila bertembung dengan penjaga gol Felda United, Helmi Eliza Elias pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Nasiruddin Shah di sini, Sabtu lepas.

Terengganu menang 2-1 pada perlawanan tersebut.

Che Mat berkata PBSNT telah meminta jurulatih Terengganu E. Elvarasan supaya mencari pemain import yang handal atau sama taraf dengan Owona bagi mengisi posisi di barisan depan.

Beliau menjelaskan pihaknya terlebih dahulu akan berusaha mendapatkan kebenaran FAM mendaftar pemain baru di bawah syarat pendaftaran khas pemain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan