Man United Muncul Juara Liga Perdana Inggeris Kali Ke-20

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ferguson menjadi pengurus paling berjaya di Britain.
Ferguson menjadi pengurus paling berjaya di Britain.

LONDON: Manchester United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini miliknya apabila memperoleh kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa di Old Trafford, pagi Selasa.

Kejuaraan liga ke-20 itu menjadi milik Man United meskipun saingan liga masih berbaki empat perlawanan lagi.

Ia juga kejuaraan liga ke-13 buat pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson sekaligus mencatat sejarah sebagai kelab Inggeris yang paling banyak mencatatkan kejuaraan liga.

Malah kejuaraan itu lebih bermakna apabila penyerang sensasinya yang menyarung jersi nombor 20, Robin van Persie mencatat hatrik keduanya musim ini.

Ferguson menjadi pengurus paling berjaya di Britain dan ia merupakan trofi ke-49 keseluruhan sejak mengambil alih kelab ini pada tahun 1974.

Antara trofi yang pernah dijulang Ferguson ketika mengendalikan Man United:

13 kali juara gelaran juara EPL : 1992-93, 1993-94, 1995-96, 1996-97, 1998-99, 1999-2000, 2000-01, 2002-03, 2006-07, 2007-08, 2008-09, 2010-11, 2012-13

5 kali juara Piala FA: 1989-90, 1993-94, 1995-96, 1998-99, 2003-04

4 kali juara Piala Liga: 1991-92, 2005-06, 2008-09, 2009-10

10 kali juara Piala Perisai Komuniti: 1990 (kongsi), 1993, 1994, 1996, 1997, 2003, 2007, 2008, 2010, 2011

2 kali gelaran juara Liga Juara-Juara: 1998-99, 2007-08

1 kali juara Piala Juara-Juara: 1990-91

1 kali juara Piala Super : 1991

1 kali juara Piala Intercontinental: 1999

1 Kali juara Piala Kelab Dunia FIFA: 2008

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan