Fakta Menarik Mengenai Pencapaian United Sepanjang 20 Kali Menjadi Juara Liga

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN Manchester United secara matematik telah pun memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas mereka menewaskan Aston Villa 3-0 awal pagi Selasa, tetapi ia bukanlah yang pertama berlaku sebelum kesemua perlawanan liga selesai.

Sebagai rekod, perlulah dinyatakan masih terdapat baki empat perlawanan lagi yang perlu diharungi untuk menamatkan musim ini.

Keseluruhannya, musim ini adalah kali keenam kejuaraan liga telah ditentukan jauh lebih awal iaitu pada pertengahan April dan bukannya pada bulan Mei iaitu bulan terakhir perlawanan dalam liga dimainkan.

Yang terawal berlaku pada musim 2001 apabila United memenangi kejuaraan menjelang 14 April, dengan masih ada baki lima perlawanan lagi untuk dimainkan.

Pada musim itu, United menewaskan Coventry City 4-2 di Old Trafford dan kemudian pencabar terdekat mereka Arsenal tewas 0-3 di tangan Middlesbrough.

Pada tahun 2000, United menewaskan Southampton 3-1 untuk sekali lagi merampas kejuaraan dengan baki empat perlawanan lagi dalam tangan.

Sejak United memenangi kejuaraan liga buat pertama kali dalam era moden pada musim 1992/93, hanya terdapat empat pasukan sahaja yang mampu mengatasi mereka.

Pasukan-pasukan itu ialah Blackburn pada musim 1994/95; Arsenal (1997/98; 2001/02; 2003/4); Chelsea (2004/05; 2005/06; 2009/10) dan Man City (2011/12).

Kejuaraan liga kali yang ke-20 musim ini juga adalah satu sejarah buat United kerana tidak ada mana-mana kelab Inggeris yang berjaya melakukannya.

Dan di bawah Sir Alex Ferguson sahaja United telah merangkul 13 kejuaraan liga - menjadikannya sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab dan negara itu.

United juga sedang dalam proses untuk mencipta satu lagi rekod iaitu memenangi lebih daripada 28 perlawanan liga dalam satu musim.

Perlawanan menentang Aston Villa awal pagi Selasa ialah kemenangan mereka yang ke-27.

Jika mereka berjaya mencapai kemenangan dalam perlawanan yang seterusnya menentang Arsenal, mereka akan menyamai rekod yang pernah mereka catat sebanyak empat kali sebelum ini iaitu mencatat 28 kemenangan.

Dengan baki empat lagi perlawanan, mereka dijangka mampu memecah rekod baru musim ini.

Sementara itu, United juga hanya tewas empat perlawanan sahaja musim ini - menentang Everton (0-1), Tottenham (2-3), Norwich (0-1) dan Man City (1-2).

Namun itu bukanlah pencapai rekod tewas mereka yang terbaik. Pencapaian terbaik mereka ialah pada musim 1999-2000, apabila mereka cuma tewas kepada tiga pasukan sahaja iaitu Chelsea (0-5), Tottenham (1-3) dan Newcastle (0-3).

Dalam kejuaraan liga mereka yang pertama pada tahun 1908, United tewas sembilan perlawanan tapi masih mampu menjadi juara.

Pada musim ini United hanya seri tiga kali setakat ini iaitu ketika menentang Swansea (1-1), Tottenham (1-1) dan West Ham (2-2).

Pada musim 2011, mereka seri sebanyak 11 kali dan pada musim 1998/99 sebanyak 13 kali.

Rekod jaringan gol United menunjukkan yang terbaik pernah mereka lakukan ialah pada tahun 1957 dengan 103 gol.

Pada era ini, perlawanan liga keseluruhannya ialah 42 perlawanan.

Pada era Liga Perdana, jaringan gol paling banyak yang pernah mereka lakukan ialah sebanyak 97 gol pada musim 1999/2000.

SENARAI JUARA-JUARA LIGA PERDANA INGGERIS SEJAK MUSIM 1992/93:

1992/93: MAN UTD

1993/94: MAN UTD

1994/95: BLACKBURN ROVERS

1995/96: MAN UTD

1996/97: MAN UTD

1997/98: ARSENAL

1998/99: MAN UTD

1999/00: MAN UTD

2000/01: MAN UTD

2001/02: ARSENAL

2002/03: MAN UTD

2003/04: ARSENAL

2004/05: CHELSEA

2005/06: CHELSEA

2006/07: MAN UTD

2007/08: MAN UTD

2008/09: MAN UTD

2009/10: CHELSEA

2010/11: MAN UTD

2011/12: MAN CITY

2012/13: MAN UTD

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan