Bayern Hampiri Final, Belasah Barca 4-0

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mueller (kanan) meraikan jaringannya bersama Philipp Lahm.
Mueller (kanan) meraikan jaringannya bersama Philipp Lahm.

LONDON: Bayern Munich kini selangkah ke final ketiganya dalam empat tahun pada aksi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona 4-0 pada separuh akhir pertama di Allianz Arena, Munich awal pagi Rabu.

Ia merupakan kekalahan terburuk Barcelona pada kejohanan berprestij dunia itu sejak tumpas 0-4 kepada Dynamo Kiev di peringkat kumpulan pada 1997.

Pemain sensasi Jerman, Thomas Mueller muncul wira Bayern apabila menyumbat dua gol, masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua.

Dua lagi gol pasukan tuan rumah disumbang oleh Mario Gomez dan Arjen Robben.

Barca kini berdepan laluan berliku pada pertemuan kedua di Nou Camp, 1 Mei ini.

Penyerang berbisan Barca, Lionel Messi yang masih bergelut dengan kecederaan hamstring dan terpaksa diketepikan selama tiga minggu hanya disahkan cergas untuk beraksi sebelum perlawanan bermula.

Namun, penerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan FIFA empat kali itu gagal menyinar.

Bayern meraih gelaran juara Bundesliga dengan baki enam perlawanan yang perlu diharungi dan bersedia untuk mengubat duka pada musim lalu, di mana mereka tewas kepada Chelsea pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah di gelanggang sendiri menerusi penentuan penalti.

Senarai Pemain:

BAYERN MUNICH: Neuer, Lahm, Boateng, Dante, Alaba, Martinez, Schweinsteiger, Robben, Mueller, Ribery, Gomez. (Pemain gantian: Starke, Van Buyten, Rafinha, Shaqiri, Luiz Gustavo, Tymoshchuk, Pizarro.)

BARCELONA: Valdes, Alves, Bartra, Pique, Alba, Busquets, Iniesta, Xavi, Pedro, Messi, Sanchez. (Pemain gantian: Pinto, Montoya, Abidal, Fabregas, Thiago, Song, Villa.)

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan