Hatrik Van Persie Tewaskan Aston Villa 3-0

Diterbitkan: Selasa, 23 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Van Persie menjaringkan tiga gol pada aksi bertemu Aston Villa awal pagi Selasa.
Van Persie menjaringkan tiga gol pada aksi bertemu Aston Villa awal pagi Selasa.

LONDON: Manchester United kian hampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menang besar ke atas Aston Villa 3-0 selepas tamat separuh masa pertama di Old Trafford, pagi Selasa.

Semua gol diperoleh menerusi Robin van Persie, iaitu hatrik keduanya musim ini.

Persie membuka tirai jaringan seawalminit kedua permainan, diikuti pada minit ke-13 dan ke-33.

Dengan jaringan tersebut, Van Persie kini lihat bakal memiliki Kasut Emas musim ini selepas menambah koleksi jaringan dengan 24 gol, kelebihan satu gol di depan penyerang Liverpool, Luis Suarez (23 gol).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan