Terry Enggan Bersalam Dengan Bernstein

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

John Terry
John Terry

KAPTEN Chelsea, John Terry enggan berjabat tangan dengan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), David Bernstein ketika majlis penyerahan trofi Piala Juara-Juara (CL) di London awal pagi Sabtu.

Terry mengakui dia menolak untuk bersalaman dengan Bernstein ketika majlis yang berlangsung Whitehall itu.

Bernstein merupakan orang yang bertanggungjawab menyebabkan pemain pertahanan England itu dilucutkan gelaran kapten tahun lalu selepas dituduh mengeluarkan kata-kata perkauman kepada pemain QPR, Anton Ferdinand.

Sebelum itu Terry diputuskan tidak bersalah di mahkamah, namun pihak FA membuat keputusan sebaliknya yang mana tanpa bukti kukuh sekaligus menyebabkan dia digantung empat perlawanan.

Terry tidak membuat sebarang rayuan terhadap hukuman tersebut.

Bernstein akan berundur daripada memegang jawatan tersebut pada musim depan.

"Ia satu situasi yang sukar bagi saya. Dia hadir dan bercakap mengenai saya di mahkamah," jelas Terry.

Dalam pada itu, Bernstein berkata, dia tidak sedar mengenai perkara itu (bersalam).

"Saya tidak tahu apa-apa. Hubungan saya dengan semua orang di sini sangat baik.

"Saya fikir lebih baik kita berfikiran positif daripada melayan perkara mengarut ini."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan