Liga Super: Johor DT Kuasai Kedudukan Teratas

Diterbitkan: Sabtu, 20 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) merampas kedudukan sebagai pendahulu Liga Super selepas mengalahkan Pahang 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada Jumaat malam.

Skuad yang terkenal dengan jolokan 'Harimau Selatan' itu memintas pasukan Lions XII dengan kelebihan satu mata selepas mengutip 25 mata daripada 13 perlawanan.

Skuad bimbingan Fandi Ahmad terpaksa menunggu sehingga minit ke-46 untuk menjaringkan gol tunggal menerusi pemain import baharunya, Leonal Jorge Nunez dari Argentina.

Di Stadium Shah Alam, pasukan Kelantan terus dibelengu kekecewaan setelah kalah tipis 2-1 ke atas pasukan berstatus kelab, Selangor PKNS.

Kegembiraan skuad 'The Red Warriors' memperolehi gol sulung pada minit ke-35 hasil jaringan Fakri Saarani tidak kekal lama apabila Selangor PKNS berjaya menyamakan kedudukan menerusi Roman Chmelo pada minit ke-48.

Mohd Fauzan Dzulkifli muncul wira pasukan Selangor PKNS apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-52.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Selangor pula mencatat keputusaan seri tanpa jaringan ke atas pasukan tercorot Negeri Sembilan.

Penyerang pasukan tuan rumah, Ahmad Shakir Ali dilayankan kad merah oleh pengadil perlawanan Suhaizi Sukri pada minit ke-86 setelah mendapat kad kuning kedua.

Sementara itu, pada saingan Liga Perdana, pendahulu liga, Sime Darby mengalahkan Johor 1-0, hasil jaringan Muhammad Shafiq Jamal pada minit ke-78 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Di Stadium Hang Jebat Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalahkan pasukan tercorot dalam liga, NS Betaria 3-1.

Khairul Izuan Abdullah menyumbang dua gol kepada pasukan PDRM pada minit ke-17 dan ke-27 sebelum Mohd Zamri Omar menjaringkan gol ketiga pada minit ke-25 manakala gol saguhati pasukan NS Betaria dijaringkan menerusi sepakan penalti oleh pemain importnya, Tomas Chovanec pada minit kelapan.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, pasukan Kedah mencatat keputusan seri 1-1 dengan UiTM FC.

Gol Kedah dijaringkan oleh Alen Guc pada minit ke-24 manakala gol pasukan pelawat disumbangkan oleh Mohd Afham Zulkipli pada minit ke-74.

Di Stadium UiTM Shah Alam Sabah mengalahkan S.P.A Putrajaya FC 4-2 manakala Pos Malaysia FC menumpaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan