Saya Boleh Imbang Antara Bola, Politik - Che Mat Jusoh

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata beliau tidak menghadapi masalah untuk mengimbangi masa antara aktiviti bola sepak dan politik.

Tambahan pula kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk itu, gandingan politik dan sukan bukan perkara luar biasa.

"Bagi saya tidak akan timbul masalah," katanya kepada Bernama di sini. Menurut Che Mat, tugasnya di PBSNT juga semakin ringan kini selepas melantik pegawai untuk membantu menguruskan persatuan.

"Saya telah beri amanah kepada mereka (pegawai berkenaan) supaya mereka boleh laksanakan tugas dengan baik," kata Che Mat yang pernah menjadi Speaker DUN Terengganu bagi tempoh 2004-2008.

Pada pilihan raya umum 2004, beliau kalah dengan perbezaan 140 undi kepada calon PAS Datuk Wan Abd Mutalib Wan Embong di DUN berkenaan.

Che Mat meneraju PBSNT sejak 1997. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan