Bale, Suarez Jadi Pilihan Rangkul Anugerah PFA

Diterbitkan: Jumaat, 19 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bale menjadi pilihan untuk merangkul gelaran Pemain Terbaik PFA musim ini.
Bale menjadi pilihan untuk merangkul gelaran Pemain Terbaik PFA musim ini.

BINTANG Tottenham Hotspur, Gareth Bale dan penyerang Liverpool, Luis Suarez disenarai pendek bagi pencalonan Anugerah Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA).

Pasukan Chelsea dan Manchester United turut menghantar dua calon iaitu Robin van Persie dan Michael Carrick, manakala Eden Hazard dan Juan Mata bagi skuad The Blues.

Bale, menjadi pilihan untuk meraih trofi ini buat kali kedua selepas turut dipilih pada tahun 2011, malah pemain antarabangsa Wales ini juga turut dicalonkan bagi kategori Pemain Muda Terbaik PFA.

Hazard juga turut dicalonkan dalam kategori pemain muda ini termasuk penyerang Romelu Lukaku yang kini dipinjamkan ke West Brom, Danny Welbeck (United), Jack Wilshere (Arsenal) dan Christian Benteke (Aston Villa).

Van Persie yang meraih anugerah PFA tahun lalu, dilihat turut mengintai peluang untuk kali kedua.

Namun Van Persie ditentang sengit dengan persembahan Bale musim ini yang telah menjaringkan 22 gol setakat ini.

Pun begitu, Suarez juga menjadi pilihan selepas turut mencatat 22 jaringan keseluruhan.

Walaupun Suarez pernah digantung lapan perlawanan kerana menimbulkan kontroversi kepada pemain United, Patrice Evra tahun lalu, namun Pengerusi PFA, Gordon Taylor berkata, pemain itu wajar dinilai berdasarkan prestasinya dengan Liverpool.

"Kadang-kala kontroversi akan bersama pemain. Ia juga dianggap perkara biasa. Kadang-kadang juga ia menjadi punca masalah untuk sesuatu kemenangan.

"Luiz Suarez telah membantu menaiki Liverpool. Ia satu pujian bagi mereka yang mana menyaksikan dia begitu selesa di sana.

"Tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan bahawa dia adalah salah seorang pemain terbaik dunia," jelasnya

SENARAI PENDEK CALON-CALON PFA:

Pemain Terbaik PFA : Gareth Bale, Michael Carrick, Eden Hazard, Juan Mata, Luis Suarez, Robin van Persie.

Pemain Muda Terbaik : Gareth Bale, Christian Benteke, Eden Hazard, Romelu Lukaku, Danny Welbeck, Jack Wilshere.

WANITA

Pemain Terbaik Wanita PFA : Gemma Davison, Toni Duggan, Jessica Fishlock, Kim Little, Jordan Nobbs, Jodie Taylor.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan