Kelab Milik Rakyat Malaysia Cardiff City FC Ke Liga Perdana Inggeris

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak yang dimiliki rakyat Malaysia, Cardiff City FC, layak ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim depan, mengakhiri penantian selama 51 tahun.

Menurut laman sesawang kelab www.cardiffcityfc.co.uk, mereka layak ke saingan liga utama itu selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan menentang Charlton Athletic di Millennium Stadium, pada Selasa.

Skuad bimbingan Malky Mackay itu pada masa ini berada di tangga teratas Divisyen Satu selepas mengumpul 84 mata dengan baki tiga perlawanan untuk musim ini.

Kelab itu terlepas peluang untuk naik ke saingan utama sejak tiga musim lepas apabila kalah pada perlawanan penentuan. Kelab berpangkalan di Wales itu dimiliki ahli perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan.

Seorang lagi ahli pernigaan Malaysia, Tan Sri Tony Fenandez yang mengasaskan penerbangan tambang murah, memiliki kelab yang bersaing di EPL musim ini, Queen Park Rangers. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan