FC Barcelona Kekalkan Jadual Perlawanan Persahabatan Dengan Pilihan Malaysia Pada 10 Ogos

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelab bola sepak perdana Sepanyol FC Barcelona mengekalkan rancangannya untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos, iaitu hari ketiga sambutan Aidilfitri.

Ketua pegawai eksekutif FC Barcelona Antoni Rossich berkata 10 Ogos adalah tarikh paling sesuai bagi kelab itu untuk mengadakan perlawanan jelajah pra musimnya kerana kebanyakan pemainnya dijangka dipanggil untuk mewakili negara masing-masing selepas tarikh itu.

"Sepanjang Ogos, pintu pertukaran pemain akan dibuka dan kelab Eropah, termasuk FC Barcelona, akan sibuk mencari pemain baharu bagi memperkukuh pasukannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman rasmi tentang perlawanan itu di sini, Khamis.

Dalam laman webnya sebelum ini, FC Barcelona mengumumkan mereka akan mengadakan tiga perlawanan pertunjukan dalam program Jelajah Asia Ogos ini, termasuk di Shanghai pada 3 Ogos dan di Bangkok, Thailand, empat hari kemudian.

Rossich berkata kelab itu akan menurunkan pasukan pertamanya untuk menentang Malaysian XI Selection.

Effendi Jagan Abdullah, pengarah urusan BSC Soccer (M) Sdn Bhd yang merupakan promoter perlawanan itu berkata beliau yakin peminat bola sepak tempatan akan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton perlawanan berkenaan.

"Melalui strategi pemasaran yang baik, kami yakin akan dapat menarik penonton memenuhi stadium, walaupun ia diadakan pada musim perayaan," katanya.

Tiket untuk menyaksikan perlawanan itu ditetapkan pada RM668 untuk tempat duduk VIP dan RM98 hingga RM388 untuk tempat duduk biasa.

Ia dijual mulai hari ini di beberapa lokasi seperti pusat beli-belah One Utama, Suria KLCC, pusat beli-belah Midvalley, The Curve dan Subang Parade.

Sementara itu, timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang turut hadir pada majlis itu menasihati pemain negara supaya memanfaatkan sepenuhnya perlawanan berkenaan untuk meningkatkan permainan masing-masing, di samping mencari pendedahan.

"Ini kali pertama kelab dari Sepanyol ini datang ke negara kita...oleh itu, saya harap pemain kita, terutama pemain muda, akan mendapat pendedahan melalui perlawanan ini," katanya.

Tengku Abdullah juga mengumumkan FAM bercadang menghantar pasukan futsal kebangsaan menjalani latihan dengan kelab bola sepak Sepanyol itu tidak lama lagi. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan