Penyerang Import T-Team Diberi Syarat Jaring Empat Gol Dalam Lima Perlawanan

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penyerang import kelahiran Turki Damir Ibric Yuksel diberi tugas berat menggalas cabaran pasukan T-Team dalam saingan pusingan kedua Liga Super musim ini.

Pemain terbaru skuad berstatus kelab itu terpaksa memikul tanggungjawab mencabar apabila disyaratkan menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol dalam lima perlawanan.

Itu adalah syarat yang dikenakan oleh pengurusan pasukan T-Team terhadap pemain berusia 29 tahun itu yang menggantikan penyerang import Caleb Folan dari England yang ditamatkan kontrak selepas pusingan pertama liga.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh hari ini berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memberi kelulusan untuk Damir beraksi di Liga Super dan pihak pengurusan pasukan akan mengadakan majlis menandatangai kontrak dengan pemain itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, ketika majlis memperkenalkan pemain itu di sini, Damir berjanji akan cuba sebaik mungkin untuk membuka ruang jaringan pada perlawanan menentang Perak, Sabtu ini. "Bagaimanapun, saya masih baru dalam pasukan dan memerlukan sokongan pemain untuk memberi saya kemampuan untuk melakukan apa yang terbaik," katanya kepada pemberita.

Beliau optimis untuk mempertahankan maruah pasukannya mengharungi pusingan kedua liga serta membantu memperbaiki kedudukan kedua tercorot dalam carta kedudukan bagi mengelak pasukan itu tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Damir, yang mempunyai dua kewarganegaraan Bosnia dan Turki, pernah beraksi dengan beberapa kelab di Turki, Romania dan China dan juga bekas pemain skuad bawah 21 tahun Bosnia & Herzegovina. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan