T-Team Temui Pemain Import Baharu

Diterbitkan: Isnin, 15 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan berstatus kelab T-Team akan mengikat seorang penyerang import kelahiran Turki bagi mengantikan Caleb Folan yang ditamatkan kontrak selepas pusingan pertama Liga Super musim ini.

Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh berkata penyerang tersebut Damir Ibric Yuksel, 29, pernah beraksi dengan beberapa kelab di Turki, Romania dan China dan juga bekas pemain skuad bawah 21 tahun Bosnia & Herzegovina.

"Kita pilih Damir kerana beliau bukan sahaja boleh bermain di posisi penyerang dengan baik ketika ujian, tetapi juga dapat memantapkan bahagian tengah dan pertahanan," katanya PADA Ahad.

Beliau berkata pemain yang mempunyai dua kewarganegaraan Bosnia dan Turki itu telah menunjukkan kewibawaan dalam beberapa posisi semasa latihan ujian berbanding pemain import yang lain.

Abdul Rashid berkata pemain berkenaan dijangka menandatangani kontrak selepas menerima laporan perubatan serta namanya akan dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk didaftarkan sebelum jendela pendaftaran ditutup pada 22 April ini. Beliau berkata pihaknya berharap Damir dapat membantu pasukan itu mengharungi baki perlawanan pusingan kedua Liga Super serta mengelak pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Damir pernah bermain posisi penyerang ketika menyarung jersi pasukan Concordia Chiajna dalam Liga 1 Romania selama setahun.

Terdahulu pemain tersebut telah bermain bersama kelab Turki antaranya kelab Kocaelispor, Trabzonspor dan Eyupspor serta Qingdao Jonoon FC dari China.

Abdul Rashid berkata beliau yakin prestasi pasukan T-Team di bawah kendalian Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor akan meningkat pada masa akan datang setelah menggantikan ketua jurulatih Peter James Butler yang'direhatkan' selama sebulan.

T-Team kini menduduki di tangga zon penyingkiran iaitu ke-11 daripada 12 pasukan dengan mengumpul sembilan mata setakat ini.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan