Liga Juara-Juara: Wakil Sepanyol-Jerman Meriahkan Aksi Separuh Akhir

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas pemain Denmark, Ruud Van Nistelrooy menunjukkan pasukan tiket undian Barcelona pada majlis undian perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara. Foto:EPA
Bekas pemain Denmark, Ruud Van Nistelrooy menunjukkan pasukan tiket undian Barcelona pada majlis undian perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara. Foto:EPA

WAKIL dua kelab dari Sepanyol dan dua kelab dari Jerman bakal memeriahkan saingan separuh akhir Liga Juara-Juara (CL) musim ini selepas undian dibuat di ibu pejabat Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Jumaat.

Dalam undian tersebut, juara empat kali, Barcelona bakal berdepan Bayern Munich manakala Borussia Dortmund pula dijadual bertemu juara sembilan kali, Real Madrid.

Bayern yang merupakan finalis dua kali dalam masa tiga tahun, dan kelab senegara, Dortmund akan menjadi tuan rumah pada aksi pertama yang dijadualkan pada 23 dan 24 April.

Pertemuan kedua pula akan berlangsung seminggu kemudian di Nou Camp dan Santiago Bernabeu.

Sementara itu, dua pasukan yang layak ke pentas final dijangka akan beraksi di Stadium Wembley.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan