Kalah Di Tangan JDT, Tidak Patahkan Semangat Terengganu

Diterbitkan: Ahad, 14 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kekalahan 0-1 kepada Johor Darul Takzim (JDT) di tempat sendiri dalam saingan Liga Super malam Jumaat, tidak akan mematahkan semangat Terengganu untuk menghadapi pula Negeri Sembilan pada pusingan kedua sukur akhir Piala FA pada Selasa ini.

Malah jurulatih Elavarasan berkata pasukannya akan bangkit untuk layak ke pusingan separuh akhir Piala FA.

"Semangat kita tidak luntur walaupun kredebiliti kita sedikit tercalar dalam perlawanan Liga Super malam tadi," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Terengganu kini menduduki tangga kesembilan Liga Super dari 12 pasukan.

Ia mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA apabila berjaya menundukkan Negeri Sembilan 3-1 di Paroi pada suku akhir pertama minggu lepas.

Elavarasan berkata Terengganu akan segera membaiki segala kelemahan dan kecacatan yang ada bagi menyekat Negeri Sembilan dalam pertemuan itu nanti.

Mengenai kekalahan kepada JDT, bekas jurulatih Felda United musim lepas itu berkata Terengganu bukan lemah, sebaliknya mempunyai banyak peluang yang dipersia-siakan.

Justeru itu, beliau berkata Terengganu akan memberikan tumpuan bagi mempertajamkan bahagian serangan supaya kelemahan itu tidak berulang ketika bertemu Negeri Sembilan.

"Kita kena baiki secepat mungkin segala kelemahan bagi memastikan kita berada di kedudukan terbaik sebelum tirai Liga Super dilabuhkan," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan