Ranking Harimau Malaya Naik Satu Anak Tangga

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemenangan tipis 2-1 ke atas Yemen pada saingan Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam bulan lepas, membolehkan skuad Harimau Malaya naik satu anak tangga dalam kedudukan ranking bola sepak dunia.

Berdasarkan senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, skuad Harimau Malaya yang dikendalikan Datuk K.Rajagobal naik ke tangga 163 bulan ini berbanding 164 bulan lepas.

Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 dunia sebelum turun satu anak tangga sebulan kemudian.

Kedudukan terbaharu itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Kepulauan Faroe (161), Kepulauan Solomon (162), Bermuda (164) dan Chad (166). Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Vietnam (132), Thailand (140), Filipina (143) dan Myanmar (155).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012 Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,538 mata.

Jerman dan Argentina turut mempertahankan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,428 dan 1,292 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan