SOM Ingin Jadikan Malaysia Hab Bola Sepak Asia Pasifik

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Malaysia akan menjadi hab pembangunan sukan bola sepak rantau Asia Pasifik bagi atlet dengan kecacatan intelektual berikutan kebenaran yang diberikan bagi Malaysia membina pelbagai kemudahan sukan bola sepak untuk golongan itu.

Presiden Sukan Olimpik Istimewa Malaysia (SOM), Datuk Muhammad Feisol Hassan pada Rabu berkata, pembinaan hab itu mendapat kebenaran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Bagaimanapun tempatnya belum ditentukan lagi, katanya kepada Bernama selepas merasmikan SOM (Bola Sepak) di Kompleks Sukan GMi di sini, Rabu.

"SOM telah mendapat pengiktirafan daripada Fifa dan AFC tiga bulan lepas. SOM juga akan menggunakan hab itu untuk membimbing pelajar dengan kecacatan intelektual untuk bergiat aktif dalam bidang bola sepak.

"Melalui bola sepak, dapat mendisiplin mereka yang kebanyakannya 'hiperaktif' dan selain itu membina keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan masyarakat," katanya.

Kejohanan bola sepak tiga hari itu berjaya mengumpul lima pasukan daripada Labuan, Kedah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur untuk bertanding bermula Rabu.

Setakat ini SOM hanya menerima tajaan peralatan sukan bola sepak daripada AFC dan FIFA untuk diagihkan kepada sekolah pendidikan khas yang mempunyai pelajar masalah kecacatan intelektual.

Muhammad berkata, kira-kira 12 peratus rakyat Malaysia mengalami kecacatan intelektual dan beliau berharap usaha ini akan mendapat sokongan pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Saya percaya bahawa kita mampu menyediakan kemudahan serta infrastruktur yang lengkap bagi membangunkan sukan bola sepak cacat intelektual dalam jangka masa tiga empat tahun lagi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan