TMJ Tarik Diri Keputusan Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta merta.

Ini diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada sidang media selepas menerima menghadap Tunku Ismail di Istana Pahang di sini Selasa.

Turut berangkat pada pertemuan hampir sejam itu ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad Shah bertitah keputusan itu diambil Tunku Ismail selepas dipujuk oleh baginda sendiri selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim.

"Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada hari ini sebagaimana harapan saya telah menjadi kenyataan, bahawasanya Tunku Mahkota Johor akan kembali sebagai Presiden PBNJ...jadi saya telah menasihatkan (Tunku Ismail) supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bagaimanapun bertitah Tunku Ismail tetap akan menjalani hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan Jawatankuasa Tata Tertib FAM sebelum ini.

"Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan itu...jadi tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah turut gembira dengan pencapaian yang diraih dua pasukan di bawah PBNJ iaitu Johor Darul Takzim (Liga Super) dan Johor FA (Liga Perdana) sejak Tunku Ismail menjadi Presiden PBNJ.

Tunku Ismail sebelum ini digantung enam bulan dan denda sebanyak RM18,000 oleh Jawatankuasa Tata Tertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia, dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lepas.

Baginda turut dipalit dengan kontroversi selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac lepas ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa.

Pada 3 April lepas, Tunku Ismail membuat keputusan meletak jawatan selaku Presiden PBNJ.

Baginda dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku Tunku Mahkota Johor dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.

Tunku Ismail turut mengumumkan baginda akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan