Rebut Trofi Musim Depan - Mancini

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roberto Mancini
Roberto Mancini

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini yakin akan kembali merebut trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas pasukannya menang 2-1 ke atas Manchester United awal pagi Selasa.

Bagaimanapun, Mancini mengakui kemenangan itu tidak dapat mengatasi kedudukan Man United yang dianggapnya persaingan musim ini sudah berakhir.

"Kami mampu menjadi juara musim depan dengan barisan pemain-pemain sekarang. Kami tidak perlu melakukan sebarang perubahan.

"United memang layak meraih gelaran juara musim ini kerana ramai pemain penting yang mengalami kecederaan musim ini.

"Yaya Toure dan Aguero sebelum ini. Tetapi apa yang penting kami menang perlawanan ini.

"Kami tidak boleh kalah di tempat sendiri dan dan dalam masa sama tidak boleh tewas dalam perlawanan ini," katanya selepas perlawanan tersebut.

Selain itu, kedudukan Man United tidak tergugat dengan kekalahan ini dengan mengumpul 77 mata keseluruhan, manakala Man City berada di tangga kedua dengan 65 mata.

Dengan baki tujuh lagi perlawanan, City tidak akan dapat mengejar United walaupun memenangi kesemua perlawanan yang tinggal.

Kerana untuk berbuat demikian mereka juga perlu mengharapkan United akan tewas kesemua baki tujuh perlawanan dan itu tidak mungkin berlaku sama sekali.

Baki perlawanan Manchester United:

Stoke City - 14 April

West Ham - 22 April

Arsenal - 28 April

Chelsea - 4 Mei

Swansea - 12 Mei

West Bromwich -19 Mei Mei

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan