Kami Belum Berpuas Hati - Ferguson

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ferguson (kanan) bersalam dengan pengurus Manchester City, Roberto Mancini sebelum perlawanan awal pagi Selasa.
Ferguson (kanan) bersalam dengan pengurus Manchester City, Roberto Mancini sebelum perlawanan awal pagi Selasa.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson masih belum berpuas hati dengan kedudukan sebagai pendahulu liga selepas tewas 2-1 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Selasa.

Biarpun tewas, United masih lagi menjadi pasukan pilihan untuk menjadi juara musim ini dengan tujuh lagi baki perlawanan.

"Jika kamu melihat sejarah pasukan beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melakukan perkara yang sukar.

"Penyokong-penyokong setia sentiasa berada bersama kami setiap tahun.

"Dengan kelebihan 12 mata, kami akan melawat Stoke hujung minggu ini dan cuba mengutip mata penuh," jelas Ferguson.

Pada aksi awal pagi Selasa, United ditewaskan dengan jaringan pada minit ke-78 oleh Sergio Aguero selepas Milner menyumbat gol pertama pada minit ke-51.

Namun malang sekali kapten City, Vincent Kompany menjaringkan gol sendiri pada minit ke-59 sekaligus memberi satu gol percuma kepada United.

"Ia merupakan satu persembahan buruk oleh kami, jadi saya tidak terlalu kecewa dengan kekalahan ini.

"Cuma saya tidak berpuas hati dengan jumlah jaringan yang diraih oleh City.

"Saya rasa kami hanya tidak bertuah kerana tewas. Tetapi apa yang pasti ia membuktikan kenapa kami (United dan Man City) menjadi pasukan terbaik di negara ini, dan ia telah terbukti," tambahnya.

United kini selesa dengan 77 mata, diikuti Man city dengan 65, Chelsea 58 dan keempat pasukan Tottenham Hotspur, 58 mata.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan