Bayern Catat Sejarah Rangkul Gelaran Paling Awal

Diterbitkan: Ahad, 7 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain Bayern melambung jurulatih Jupp Heynckes ke udara selepas kelab itu merangkul gelaran juara Bundesliga pada Sabtu.
Pemain Bayern melambung jurulatih Jupp Heynckes ke udara selepas kelab itu merangkul gelaran juara Bundesliga pada Sabtu.

BERLIN: Bayern Munich mencatat satu lagi rekod dalam Bundesliga pada Sabtu apabila merangkul gelaran liga paling awal dalam sejarah bola sepak Jerman.

Kemenangan di Eintracht, Frankfurt itu membolehkan Munich memenangi gelaran liga Jerman buat kali ke-23 selepas mengharungi 28 perlawanan.

Malah, kejayaan itu turut menyaksikan Bayern memperbaiki rekod mereka sendiri pada 1972-73 dan 2002-03, apabila menjulang kejuaraan ketika liga baru memasuki perlawanan ke-30 daripada 34 permainan.

Pada Sabtu, Bayern menewaskan Eintracht 1-0 untuk mengemudi kelab itu merangkul kejuaraan musim ini.

Bastian Schweinsteiger muncul wira Bayern apabila menggegar gawang lawan pada minit ke-52.

"Ia memori indah dan saya merangkul gelaran juara liga selepas 23 tahun semula.

"Saya pernah memenangi beberapa kejuaraan ketika bergelar pemain dan jurulatih tetapi tidak pernah seawal ini.

"Pemain saya kini sedang menikmati segala usaha keras mereka sepanjang tahun," kata jurulatih Jupp Heynckes.

Beliau pernah mengemudi Bayern memenangi kejuaraan pada 1989 dan 1990 dalam tugas pertamanya sebagai jurulatih.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan