Sultan Ahmad Shah Terima Anugerah Muhibah Asean - Bola Sepak | mStar

Sultan Ahmad Shah Terima Anugerah Muhibah Asean

Diterbitkan: Khamis, 4 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Sultan Ahmad Shah malam ini menerima Anugerah Muhibah Asean 2012.

Sultan Ahmad Shah, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menerima anugerah itu sebagai mengiktiraf sumbangan baginda dalam mengukuhkan hubungan negara di rantau ini menerusi sukan bola sepak selain usaha kemanusiaan dan sikap dermawan baginda.

Antara lain, baginda membantu mengumpul dana berjumlah US$100,000 (RM310,099) untuk disalurkan kepada mangsa Taufan Bopha yang melanda selatan Filipina tahun lepas.

Sejumlah 18 anugerah disampaikan pada majlis Anugerah AFF 2013 malam ini kepada individu dan pasukan cemerlang yang melakukan sumbangan penting kepada sukan bola sepak di rantau ini.

Antara penerimanya ialah Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen yang menerima Anugerah Perkhidmatan Sepanjang Hayat AFF manakala Widiya Habibah Shamsuri pula memenangi anugerah Penolong Pengadil Wanita Terbaik AFF bagi tahun 2012.

Pasukan Singapura dinamakan sebagai Pasukan Kebangsaan Terbaik AFF manakala pemainnya Mohammad Shahril Ishak pula Pemain Terbaik bagi tahun sama.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan