Piala AFC: Kelantan Menang 5-0 Ke Atas SHB Da Nang

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kelantan berpesta gol selepas membelasah wakil kelab dari Vietnam, SHB Da Nang FC dengan kemenangan besar 5-0 pada perlawanan ketiga Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini malam Selasa.

Pasukan The Red Warriors yang menguasai perlawanan membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 perlawanan menerusi pemain import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme yang melepaskan rembatan kencang kira-kira 20 meter daripada pintu gol pasukan pelawat.

Tiga minit kemudian, penyerang tengah, Indra Putra Mahayuddin menggandakan kedudukan untuk skuad bimbingan Bojan Hodak menerusi gol kedua selepas beliau menyudahkan hantaran daripada seorang lagi pemain import dari Australia, Dimitrios Petratos.

Mohd Faiz Subri menambah derita pasukan pelawat pada minit ke-16 selepas beliau memanfaatkan hantaran daripada Nwakaeme sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol pasukan pelawat, Nguyen Thanh Binh.

Kelantan hampir menambah jaringan pada minit ke-70 namun sepakan penalti yang diambil Mohd Shakir Shaari tersasar.

Kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi melengkapkan kemenangan bergaya pasukan Kelantan menerusi sepakan lambung yang menarik pada minit ke-85.

Tiga mata penuh yang diperoleh Kelantan membolehkan mereka melonjak tangga teratas Kumpulan G dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula pada perlawanan keempat di Stadium Chi Lang, Vietnam pada 10 April.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan G, kelab Maldives, Maziya Sports & Recreation Clubs menewaskan wakil Myanmar, Ayeyawady United, 3-1 di Stadium Kebangsaan Maldives.

Senarai Pemain:

Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Mohd Shakir Shaari, Dimitrios Petratos, Mohd Faiz Subri (Mohamad Zamri Ramli), Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Indra Putra Mahayuddin (Mohd Nor Farhan Muhammad), Dickson Nwakaeme (Zairo Anuar Zalani), Lek Kcira.

SHB Da Nang: Nguyen Thanh Binh, Cao Cuong (Tran Hai Lam), Tran Anh Khoa, Vo Hoang Quang, Ha Minh Tuan (Danny David Mrwanda), Giang Tran Quach Tan, Phan Thanh Binh, Phan Thanh Hung, Goia Sabin Cosmin, Nguyen Canh Lam, Merlo Sebastian Gaston (kapten). -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan