Kualiti Dan Prestasi Rajagopal Jadi Penentu Nasibnya

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kualiti dan prestasi yang ditunjukkan pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal menjadi penentu tempoh lanjutan perkhidmatannya.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perkara itu hanya akan diputuskan Jawatankuasa Induk FAM.

"Dia punya kontrak akan tamat Disember tahun ini, terpulang kepada FAM, kita tengok keadaan pada ketika itu," titah baginda kepada pemberita di sini, Rabu.

Tengku Abdullah bertitah jawatankuasa komuniti kecil yang dipegang baginda hanya boleh mengkaji dari segi kualiti dan prestasi yang ditunjukkan Rajagobal bagi dibawa sebagai cadangan kepada jawatankuasa induk FAM. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan