Tiada Konspirasi Dalaman Berkaitan Rajagobal - FAM

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menafikan ada konspirasi dalaman yang berkaitan dengan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan kononnya wujud konspirasi dalaman FAM dengan Rajagobal.

"Dengan ini FAM ingin menjelaskan laporan beberapa media tempatan berhubung perkara ini. "Di dalam wawancara minggu lalu yang dihadiri oleh tiga orang wartawan dari akhbar berbahasa Inggeris, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahamd diajukan soalan samada wujudnya konspirasi dalaman FAM dan Rajagobal.

"Jawapan spontan beliau adalah di dalam semua isu segala kemungkinan tidak boleh di ketepikan.

"Dukacitanya jawapan ini dipetik sebagai kenyataan utama yang di siarkan di dalam akhbar," jelas satu kenyataan FAM pagi Isnin.

Isu berkaitan timbul selepas kritikan Rajagobal mengenai kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) ketika = sidang media selepas perlawanan di Stadium Shah Alam minggu lalu.

Beliau didakwa menyentuh dasar FAM dengan menyatakan penyerang import lebih mendapat tempat dalam pasukan teratas Liga Super yang mengakibatkan negara ketandusan penyerang semulajadi.

Kenyataan tersebut menjerat dirinya sendiri apabila beliau bakal didakwa atas kesalahan melanggar Artikel 88 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan