Paolo Di Canio Pengurus Baru Sunderland

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Paolo Di Canio
Paolo Di Canio

PAOLO DI CANIO - bekas pemain Itali dan West Ham telah dinamakan sebagai pengurus baru Sunderland, mengantikan Martin O’Neill yang dipecat selepas pasukan itu tewas 0-1 kepada Manchester United, Sabtu lepas.

Beliau telah menandatangani kontrak dua setengah tahun sebagai pengurus Black Cats disaksikan oleh pemilik kelab berkenaan, Ellis Short.

Pelantikan Di Canio itu tidak terlepas daripada kontroversi kerana sebaik sahaja berita mengenainya tersebar, bekas pemimpin Parti Buruh, David Miliband yang juga merupakan naib pengerusi kelab itu telah meletakkan jawatannya serta merta.

Ia dikaitkan dengan kenyataan politik Di Canio yang berbaur "fascist" - iaitu satu fahaman politik yang berhaluan kanan yang popular di Itali sebelum Perang Dunia Ke-2.

Malah Di Canio pernah dirakamkan mengangkat tangan tabik ala-Nazi yang merupakan sekutu kuat fahaman Fascist ketika meraikan gol yang dijaringkannya dahulu ketika mewakili West Ham.

Di Canio paling banyak bermain untuk West Ham iaitu 118 kali dengan menjaringkan 48 gol antara tahun 1999 hingga 2003.

Dia juga pernah bermain untuk Lazio, Juventus, Milan, Napoli, Sheffield Wednesday, Charlton dan kelab Scotland, Celtic.

Sementara itu, Short menegaskan apa yang penting buat masa ini ialah untuk memastikan semua orang fokus kepada baki tujuh perlawanan lagi yang bakal menentukan masa depan kelab itu.

Sunderland kini berada di tangga ke-16 liga iaitu dua tangga sahaja di atas zon penyingkiran.

Di Canio, 44, sebelum ini adalah pengurus kelab Divisyen Satu Inggeris iaitu Swindon.

Dia melepaskan jawatannya Februari lalu selepas tidak sehaluan dengan cara kelab itu ditadbir.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan