Sarawak Intai Pemain Kelahiran Malaysia Dalam Liga Vauxhall

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts berkata, beliau mungkin mendapat pemain baru iaitu anak kelahiran Malaysia yang kini bermain dengan salah sebuah pasukan Liga Bolasepak Vauxhall di England.

Pemain itu akan menjalani percubaan selama minggu mulai Ahad sama ada dapat diserap atau tidak di bawah pengambilan pemain bulan depan.

"Junior Eldstål memegang pasport Malaysia kerana ibunya berasal dari Sabah. Saya mengenali keluarganya melalui kontek di England. Saya harap dia memiliki kualiti yang kita cari. Jika kita menyukainya, kita akan tawarkan kontrak kepadanya," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan